Malaysia ni, tak kekurangan dengan con-men. Dari yang pakai suit, berjubah, berserban, bermotosikal kuasa tinggi, bercuti kesana-kemari, melepak Starbucks memanjang…. ade je puak-puak ni di mana saja; tak kira di kota mahupun di desa. Perkataan signature dalam pembentangan diorang, mesti salah satu dari berikut:
- Jaminan beli balik (pada harga kos)
- Hibah
- pancing Umrah
- nak bantu ekonomi orang Islam
Kita mintak jauh la dari berselisih dengan con-men sebegini. Iman kita mungkin kuat, tetapi, begitu juga helah dan tipu daya mereka.
Hari ni, TuanPenasihat telah dapat tahu satu program pemasaran oleh Agrobank. Kalau tak pernah dengar nama Agrobank, sila rujuk link ni.
Program pemasaran Agrobank ni dinamakan Sahabat Agro (AgroPrimaS). Pada mulanya TuanPenasihat sedikit sceptical. Tapi, setelahTuanPenasihat baca
- Product Disclosure Sheet (Lembaran Maklumat Produk), dan
- Risalah Sahabat Agro
- Jawatankuasa Syariah
Did you know? ~Agrobank merupakan sebuah institusi Perbankan Islam
TuanPenasihat jadi bertambah yakin bahawa ini merupakan program pemasaran yang sah, produk yang sah, ditawarkan oleh institusi kewangan Perbankan Islam berlesen yang sah.
Harus ditekankan disini bahawa, matlamat utama program pemasaraan ini adalah untuk menggalakkan orang ramai membuka Akaun Deposit Berjangka-i AgroPrimaS di Agrobank.
Produk ini bukan:
- Skim MLM
- Skim Cepat Kaya
- Skim Pelaburan berasaskan Hibah bulanan
Siapa yang sesuai menyertai Sahabat Agro (AgroprimaS) ni?
- Sesiapa yang ade spare cash,
- Sesiapa yang degil tak nak menyimpan di Amanah Saham (Unit Trust)
- Sesiapa yang sudah tertipu dengan scam hibah itu dan ini
- Sesiapa yang nak & suka sangat kerja recruit orang, dan yang penting sekali
- Sesiapa yang nak pelbagaikan portfolio simpanan jangka panjang mereka
Clear?!
OK, sekarang, sape nak peluang pergi Umrah percuma? PM tepi.
*kan dah bunyi cam scammer 😉
M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator, SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]