Tips Beli Aset Digital Crypto Kecil-Kecilan

Bila cerita bab beli ni, orang selalu akan tanya “bila masa terbaik nak beli?”. Susah nak bajet masa bila terbaik nak beli. Jadi saya kongsikan disini tips beli aset digital crypto secara kecil-kecilan.

Jangan lupa like dan share tulisan ni 🙂

Katalah kita ada RM300 je ye. RM300 ni je lah yang ada dan ini je lah amaun yang kita berani simpan dalam aset digital crypto. Saya cadangkan langkah langkah berikut. Ingat ye, berikut adalah CADANGAN semata-mata. Sila ubah-suai mengikut selera risk-profile masing-masing.

  1. Depositkan RM300 ke dalam wallet RM, jangan guna semuanya untuk beli aset digital sekaligus (lump sum). Bahagi dua dan gunakan separuh sahaja = RM150. Baki RM150 tu pula, buat standby, in case harga Bitcoin jatuh mendadak dan jatuh secara besar besaran (30%-40%). Jangan ingat aset digital ni naik berterusan dan tak turun-turun ye. Berita-berita berikut sebagai peringatan
    1. Bloomberg Technology, 23 Disember 2017
    2. CNN Business, 06 Februari 2018
    3. CNBC, 06 Februari 2018
    4. CNN, Quest Means Business, 12 September 2018
    5. Bloomberg Technology, 17 Mac 2020
    6. Bloomberg Technology, 20 Mei 2021
    7. ABC News, By The Numbers, 20 Mei 2021
    8. CNBC, 21 Julai 2021
  2.  Manfaatkan fungsi Repeat Buy yang ada dalam app Luno.
    Tips Beli Aset Digital Crypto Kecil-Kecilan
  3. Set had pembelian RM 1.00 untuk mana-mana aset digital (Bitcoin, Ethereum, Ripple, Bitcoin Cash & Litecoin).
    Tips Beli Aset Digital Crypto Kecil-Kecilan
  4.  Set belian secara harian
    Tips Beli Aset Digital Crypto Kecil-Kecilan
  5. Ulang untuk semua aset digital (RM1.00 BTC) + (RM1 ETH) + (RM1 XRP) + (RM1 BTC) + (RM1 LTC).

Selesai set repeat buy, set pula reminder dalam app calendar satu bulan akan datang. Ni penting sebab nak review pegangan aset digital kita dah untung atau sebaliknya.

Ingat ye, fungsi Repeat Buy akan ketepikan persoalan “bila masa terbaik nak beli”. Ini je lah tips saya mampu kongsikan bila nak beli aset digital crypto secara kecil-kecilan.

Akan datang, saya akan cerita bila nak jual pula, OK. bye.

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, CFPCERT TM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #C006094
||
Luno Referral Code #SJS8S2
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *