JOM! NAK BELI RUMAH?

Aduhai nak beli rumah. Dia punya pening, masyaAllah! Barangkali hari ni Allah nak tunjukkan cabaran-cabaran nak beli rumah pertama dalam pasaran sekarang.

Nak jadikan cerita dua tiga hari lepas aku berkenan kat satu unit walk-up apartment nih. Keluasan 750sqf. Tuan rumah nak jual termasuk dengan:
  1. PERABOT LENGKAP untuk ketiga-tiga bilik tidur +
  2. 4 katil single bed & 4 tilam +
  3. 4 meja belajar +
  4. set meja makan 4 orang +
  5. fridge satu pintu+
  6. 3 aircond (setiap bilik satu) +
  7. kabinet dapur yang pada mata aku, sempurna +
  8. toilet dah modified abis+
  9. water heater.

All in dia nak let go RM201,300. Flooring rumah sampai ke toilet semua dah baru. Pada harga ni, kalau di Muar, dah boleh dapat rumah Semi-D setingkat.

Untuk Lembah Klang, ni kira murah kan? in fact, ni kira kategori MURAH GILE BABs weh!!! Aku dan Lea, petang tadi, pi usha unit apartment ni. WE LOVE IT!

Lea - Happy with new Apartment

IMG_0234

IMG_0228

IMG_0227

IMG_0231

Tapi agen spoil gile:
– Mintak booking fee RM5,000.00, RM500.00 tak mau layan.
– Lepas bank loan lulus, barulah dia akan ajak sign Sale and Purchase rumah (SnP)
– Lepas sign SnP, terus bayar baki 10% deposit, nak cash TAKMAU TUNGGU AKU NAK KELUARKAN DUIT KWSP
– timing maximum dia sanggup tunggu untuk aprove loan ~ 3 minggu je. {boleh ke loan kerajaan approve dalam 3 minggu?}

Aku terkesima la sekejap, all the sudden jadi serabut. Kenape? Sebab ape yang aku paham, basically, tuan rumah nak pembeli yang ada cold hard cash 10% dari harga rumah. Sebahagian bayar sebagai tanda jadi, dan baki di bayar sejurus selepas loan rumah diluluskan pihak bank. ABAH DIA!!

Untuk menenangkan hati, aku bawak Lea pergi solat maghrib kat surau sebelah. sambil berjalan kaki ke surau, Lea sebut kat aku, “Sayang, dulu i beli rumah kat Muar tu, booking RM50 je…”.

Lepas solat, sambil tunggu Lea settle kat surau, dalam kepala aku dok crunch numbers macam kalkulator:
– Berapa banyak duit Z aku dah kumpul?
– Berapa face value duit-duit Z aku?
– Berapa Euro aku ade?
– Berapa USD aku ade?
– Palm PDA aku ade value tak kalau nak dijual?
– Saham-saham aku ade berapa value agaknya?
– Netbook Dell mini 10v aku ade value lagi tak kalau nak dijual?
– Austrian Philharmonics, dinar & dirham yang aku ade, berapa value agaknya?
– Hari tu Zahidi derma ke akaun Tabung Haji aku, agak-agak berapa billion ek?
Commemorative coins & commemorative banknotes yang aku ade berapa value agaknya
– Sekuriti deposit rumah sewa ni berape aku bagi landlord dulu yek? (kene refer balik tenancy agreement)
– berapa ekar tanah kelapa sawit yang aku takde?
– berapa ekor lembu yang aku takde?

Sesungguhnya, ilmu hisab lebih mudah dengan calculator…. tak payah la belagak nak kire secara mental arithmetic walaupun Add Maths kat sekolah dulu dapat A.

Lea selesai solat, jam dah pukul 8:05PM…
Aku kena masuk kerja 9:30PM. So we decided makan kat KFC je sebab nak cepat.

Selesai makan, aku luahkan rasa hati pada isteri aku Lea; Honestly, duit aku dalam KWSP Akaun-II lebih dari mencukupi untuk cover the 10% downpayment for the apartment. Tapi bile dia letak syarat untuk memudahkan dia sebagai penjual, that is, nak orang yang boleh fork out 10% tu macam petik jari je, tu yang buat aku down. Aku dah banyak tengok apartment kat Kota Damansara ni ~ Palma Puteri, Palma Perak, Gugusan itu, Gugusan ini, De Rozelle, De Rimba, De Shire, Tania. Boleh dikatakan semua orang letak harga yang pada mereka adalah “fair price” dan menawarkan kabinet dapur yang dah reput macam nak roboh dan lantai parque yang dah tertanggal sana-sini; to me that is overpriced. Jadi bile ada apartment yang dalam kemampuan aku, dan unit pun bersih, furniture yang dia nak bagi semua dalam keadaan baik tak berbau lipas, of course la aku nak beli. Tapi….tuan rumah pulak demand memilih pembeli.

Apelah nasib.
So aku cerita kat wife aku. “Sayang, you tau tak, berbanding dengan beli rumah, nak beli saham kat Bursa Malaysia lagi mudah tau. Sebelum i keluar rumah nak view this apartment tadi, i dah letak order beli dua lot Inari Amertron tau. klik! klik! je dah settle urusan”. Lea respon, “So KPI bonus you dapat baru-baru ni, you beli saham ek, i tak dapat merasa ke?”…. Ya Allah! ke situ pulak dia.

Inari Amertron

Allah Maha Adil. Orang bandar diberi peluang jadi kaya, orang di kampung pon diberi peluang jadi kaya.

Orang yang belum mampu, baik di bandar, mahupun di kampung, boleh memulakan simpanan secara berterusan dalam akaun Tabung Haji, unit trust Amanah Hartanah,  Amanah Saham dan  simpanan emas (kalau tak sebut emas ade pulak yang kecik hati nanti).

Dinar Kelantan

Orang duduk kampung, ramai jiran-jiran berhijrah ke bandar, tanah lapang memanjang kiri-kanan, mereka tanam kelapa sawit + bela lembu & kambing, bela kuda, ajar kelas menunggang kuda, buat kelas memanah; semua menjadi Aset Produktif a.k.a Harta Bermanfaat.Orang duduk bandar KL, PJ, KJ, SJ, Cyber-j, sedia maklum tanah kat bandar ni memang terhad. Siapa yang mampu (bile dia mampu), dia beli apartment banyak-banyak kemudian boleh sewakan; menjadi Aset Produktif a.k.a Harta Bermanfaat.

Takpelah, kita sambung menyimpan. Jangan putus asa! Jangan kecewa!Aku belum cukup mampu nak petik jari untuk “jelmakan” 10% deposit rumah. Sedih gak, duit ade pun tak mampu nak beli rumah, inikan pula orang yang sememangnya tak mampu nak beli rumah.

 

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, CFPCERT TM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #C006094
||
Luno Referral Code #SJS8S2
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram

Investment Books by Azizi Ali, Renesial Leong & Phil Town

 

3 Replies to “JOM! NAK BELI RUMAH?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *