Dalam kalangan rakan-rakan kite, sedara-mara kite, mesti ade ejen Takaful, ejen unit trust, ade juga ejen produk perbankan konsumer seperti pinjaman perumahan, kad kredit and pinjaman A.S.B, tak lupa juga ejen hartanah. Rezeki masing-masing, asalkan tak bermalas-malasan, rajin berusaha, rezeki halal itu pasti dimana saja, insyaAllah.
Sejak harga emas jatuh lagi pada Isnin 20 July 2015, perasan tak, TIBA-TIBA, macam bercambah pulak ejen jual pelaburan emas dalam feed FB masing-masing?
Mari kite lihat apekah asbab-asbab yang sering dibentangkan agar kite menyertai Pelaburan Simpanan Emas/Perak:
#1 Emas adalah matawang SUNNAH
:: Aku memang tak gemar orang yang menjual dengan sentimen agama. Mana punya kitab Fekah yang menyatakan status emas adalah matawang sunnah? ce tunjuk sket?
#2 Emas adalah LOGAM MULIA
:: Kalau begitu, bagaimana pulakk dengan logam tembaga yang diguna dalam pembinaan landasan LRT/MONORAIL/MRT? Tak cukup mulia kah? Manfaat untuk rakyat kot.
#3 Emas kalis inflasi
:: Pada abad ke-16, masyarakat tidak dapat mengenalpasti kenapa harga barangan harian sekitar Eropah naik. Merujuk hujah Jean Bodin pada tahun 1568 yang menyatakan bahawa inflasi telah berlaku di Eropah disebabkan lambakan emas/perak yang memasuki Eropah melalui Spain. Sila rujuk The Economics Book mukasurat 30-31.
#4 Emas mampu menyelamatkan ekonomi umat Islam
:: Kerajaan Islam Uthmaniyyah (Ottoman Empire) berhutang tahap tak ingat dunia, pada 1875, Kerajaan Islam Uthmaniyyah tak mampu nak bayar. Apehal?
#5 Emas boleh diwarisi dan diwariskan
:: Ok yang ni aku boleh terima. Tapi jangan la promote sampai tahap seakan-akan takaful, KWSP, ASB AHB,Tabung Haji, saham, sukuk, hartanah, ladang kelapa sawit, lembu & kambing tak boleh diwarisi dan diwariskan. Itu dah kira melampau la.
#6 Emas naik 555% ~ sambil menunjukkan graf 10 tahun harga emas dari 2001-2011
::Aku tak nafikan harga emas naik sebanyak tu, tapi dalam pembentangan pelaburan simpanan kepada client, rakan-rakan, sedara-mara, tak aci la kalau asyik tunjuk good returns je, teknik hasutan ni bagi aku sangat misleading. Asal nak tunjuk performance aje mesti dia tunjuk graf harga 2001-2011, CONFIRM!!
Kalau ejen tu jujur, dia mesti tunjukkan juga prestasi harga emas dari tahun 1990-1999 di mana pelaburan simpanan emas merugikan dalam tempoh tu.
Begitu juga pelaburan simpanan emas dalam tempoh 5 tahun dari 2010-2015
#7 Emas sentiasa laku dimana saja sepanjang zaman;
::Contoh terbaik untuk menyokong dakwaan ni ialah kes pelarian Vietnam yang melarikan diri naik sampan, membawa emas
Tak nafikan emas sentiasa ada value. TETAPI samada value tu terlalu rendah atau terlalu tinggi, terpulang kepada kite sebenarnya. Kita ambil contoh masa banjir besar di Kelantan tahun lepas, seingat aku, orang paling kaya (pada waktu itu) ialah penjual sayur, telur masin, beras dan susu bayi.
#8 Emas boleh pajak gadai
::Urusan jual beli emas pon belum pon settle lagi, dah cerite pasal pajak gadai?! Ni la masalah “orang kite” berniaga/ melabur for the wrong reasons. Kebolehan pajak gadai bukan sebab untuk memulakan pelaburan simpanan emas!
#9 Pelaburan Simpanan emas/perak tak ada risiko ~ PTUIH!! JANGAN KENCING AKU LAA!!!
===============//
Homework sebagai persediaan sebelum memulakan pelaburan simpanan emas; pastikan soalan berikut terjawab:
#1 Kenapa aku melabur menyimpan dalam emas/perak?
#2 Sudahkah aku faham ape itu ASET?
#3 Sudahkah aku faham ape itu ASET BERMANFAAT?
#4 Sudahkah aku memahami mekanisme inflasi?
#5 Apakah matlamat pelaburan simpanan emas/perak aku ni?
#6 Dah berapa biji buku pasal emas dan pelaburan simpanan emas yang aku dah khatam?
#7 Dah berapa dokumentari yang aku dah tgk?
#8 PELABURAN BAGAIMANAKAH YANG PATUH SYARIAH? [sepatutnya ni soalan pertama]
Sebelum berpisah dengan duit hasil titik-peluh kite bekerja untuk melabur simpanan emas/perak, sebelum serah duit tu kepada agen-agen jual emas [walaupun dia sedara-mara || member lama ||sahabat qarib], sila pastikan Syarikat pelaburan jual-beli emas tiada dalam senarai Financial Consumer Alert List Bank Negara Malaysia (BNM).
As of 19 May 2015 22 November 2016 (updated), masih banyak lagi syarikat yang masih tersenarai dalam Financial Consumer Alert List Bank Negara Malaysia (BNM). Bile ejen di tanya kenapa nama syarikat ada dalam list BNM, agent kata (bekalan skrip dari upline la):
#1 Bank Negara salah maklumat, website kami tak sama dalam list BNM tu
:: nombor pendaftaran yang SSM bagi pada Syarikat sebiji kot dalam senarai tuh!!
#2 Team yang awal-awal dulu yg byk masalah. Mereka berniaga guna nama bisnes kami, dan menyalahgunakan nama bisnes kami pada masa yang sama.
#3 Mungkin dalam list BNM Alert tu disebabkan ahli-ahli yang tak bertanggungjawab
Apapun alasan yang mereka bagi, kalau CEO bisnes tu bersungguh menjaga nama baik bisnes bagai dikata, dah lama mereka sepatutnya setup meeting dengan Bank Negara untuk membersihkan nama mereka, mungkin juga lantik peguam untuk sandiwara di mahkamah,
Kalu aku beli Nokia, aku nak beli Nokia original, aku tak sengkek nak beli Nokia underwater. Kalau aku nak beli Audi, aku nak beli Audi yang warranty nya sah di Malaysia, bukan Warranty yang hanya sah di Hungary. Tapi, itu Aku la kan. Korang aku tatau la cemane.
Berhati-hati, nak buat duit sikit punya payah, nak tengok duit hilang/hangus senang je, aku tak payah ajar pun korang patut dah tau.
Jangan dengar cakap aku.
Aku bukan lulusan Certified Financial Planner® Chartered Financial Analyst.
Aku bukan lulusan Certified Islamic Financial Planner.
Buat homework. Sape tak buat homework memang nak kena marah ngan cikgu.
M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator, SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]
One Reply to “JOM SERTAI PELABURAN EMAS”