Lanjutan daripada tulisan sebelum ini, Perancangan Keperluan Takaful Part-1, berikut adalah jawapan Apis.
1. Berdasarkan keperluan belanja isi rumah Isteri dan anak-anak, Apis anggarkan RM2,000 sebulan adalah mencukupi untuk belanja keperluan isi rumah; belanja dapur, susu, pampers, bil api-air-telefon-internet, dsb. Ini adalah berdasarkan perbelanjaan sekarang dan berikut adalah kiraan menggunakan Financial Calculator
PMT = RM24,000 (RM2,000 x 12 bulan)
FV = 0
I = 6%
Per = 21 tahun
PV = RM282,337.84
2. Jika Apis meninggal dunia hari ini, dia merasakan adalah memadai dia menyediakan nafkah selama 10 tahun sahaja; ini kerana kenaikan gaji isterinya selama 10 tahun adalah dianggap lebih memadai untuk menanggug kos hidup semasa. Apis berhasrat untuk menyediakan nafkah untuk isterinya sebanyak RM1,000 sebulan yang mana ia bersamaan dengan kadar sewa rumah di kawasan Bandar Tepi Sungai Ada Buloh
PMT = RM12,000 (RM1,000 x 12 bulan)
FV = 0
I = 6%
Per = 10 tahun
PV = RM88,321.04
2.1 Nafkah untuk anak-anak, Apis menganggarkan seperti berikut walaupun kedua anaknya masih belum bersekolah
Belanja setahun = RM6 sehari x 365 hari x 2 orang anak = RM4,380
Belanja Persediaan sekolah tahun baru = RM1,500 x 2 orang anak = RM3,000
Belanja keperluan ko-kurikulum setahun = RM900 x 2 orang anak = RM1,800
Jumlah = RM9,180
PMT = RM9,180
FV = 0
I = 6%
Per = 16 tahun (berdasarkan umur anak bongsu)
PV = RM92,772.12
3. Jika ditimpa salah satu penyakit kritikal, Apis mengangarkan dia patut menyediakan belanja untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun; kalau panjang umur dan dengan izin Allah, selepas tempoh itu, Apis akan sambung cari kerja macam biasa.
RM24,000 (belanja isi rumah dari jawapan nombor 1)
+ installment rumah (RM10,428)
+ installment kereta (RM8,832)
= RM43,260
PMT = RM43,260
FV = 0
I = 6%
Per = 5 tahun
PV = RM182,226.86
4. Tabung Pendidikan Tinggi anak-anak, buat masa ni, Apis cadang nak sediakan 45% dari anggaran nilai masa depan yang diperlukan. Apis menganggarkan RM50,000 adalah cukup untuk membiayai yuran pengajian dan keperluan (yuran pengajian, sewa bilik, makan nasi bujang tiga kali sehari) sepanjang tempoh 5 tahun pengajian di IPT Awam tempatan.
RM50,000 X 45% = RM22,500
Nilai masa depan 14 tahun akan datang = RM37,116.43
Nilai masa depan 16 tahun akan datang = RM39,867.68
Sebagai alternatif untuk Tabung Pendidikan Tinggi anak-anak, Apis boleh membuat simpanan SSPN-i Plus memilih Pakej Delima atau Zamrud untuk kedua-dua anaknya (dua akaun).
4.1 Jom! jumpa TuanPenasihat 😉
5. Setelah Nuar meneliti maklumat yang terkandung dalam MRTA pembiayaan rumah Apis, dan mengira jadual Ammortization pembiayaan rumah Apis, Nuar telah menentukan pada 10 tahun dari sekarang,
– Baki pembiayaan rumah Apis perlu dilangsaikan = RM146,782
– Jumlah baki yang dilindungi MRTT pada waktu itu = RM126,013
Wasi/Pentadbir pusaka Apis perlu melangsaikan baki RM20,769 kepada pihak Bank.
6. Mak Abah di kampung kaya-raya. Dah pergi Haji dan juga menunaikan Umrah beberapa kali. Apis merasakan tidak perlu memberi bantuan wang bulanan. Tetapi ingin menyediakan sejumlah RM50,000 untuk mereka sekiranya Apis meninggal dunia. Apis juga berhasrat untuk meninggalkan sejumlah RM20,000 untuk ibu bapa mentua mendaftar menunaikan Haji. Apis seorang menantu yang baik. Jadilah seperti Apis 🙂
7. Jumlah simpanan setakat hari ni,
KWSP = RM159,342
Saham & Unit Trust = RM97,652
TOTAL = RM256,994.
Dan jawapan yang dinanti-nantikan,
Keperluan perlindungan Takaful Apis ialah
= (1) + (2) + (2.1) + (4) + (5) + (6)
= RM282,337.84 + RM88,321.04 + RM92,772.12 + (RM37,116.43 + RM39,867.68) + RM20,769 + RM50,000 + 20,000
= RM631,184.11
Jumlah keperluan takaful TOLAK Jumlah Simpanan setakat hari ini
= RM631,184.11 – Jumlah Simpanan (kira-kira #7)
= RM631,184.11 – RM256,994
= RM374,190.11
Daripada analisis keperluan Apis diatas, Nuar selaku Penasihat Kewangan Berlesen menasihatkan agar Apis mengambil polisi perlindungan Takaful seperti berikut:
– Manfaat Kematian & TPD = RM380,000
– Manfaat Penyakit Kritikal = RM190,000.00 (berdasarkan respon #3)
Sekiranya Apis masih ade ruang belanja, Apis boleh pertimbangkan polisi perlindungan Takaful seperti berikut:
– Manfaat Kematian & TPD = RM570,000
– Manfaat Penyakit Kritikal = RM200,000.00 (berdasarkan respon #3)
Keperluan perlindungan Takaful yang dikira dengan betul seperti diatas adalah JAUH BERBEZA jika dibandingkan dengan cadangan perlindungan menggunakan formula ‘Rule of Thumb’; 10 x gaji tahunan.
Sudah tentu bayaran premium Takaful untuk perlindungan Takaful RM380,000 adalah jauh lebih murah berbanding bayaran premium untuk perlindungan Takaful RM880,000. Perbezaan bayaran premium itu kemudiannya boleh dilaburkan ke Unit Trust untuk dapatkan pulangan yang lebih baik.
Terima kasih kerana setia membaca hingga ke hujung.
Suka saya nak ingatkan sekali lagi, lain orang, lain keperluan Takaful mereka. Dengan itu, saya sangat menyarankan pembaca sekalian untuk berjumpa dan berbincang keperluan Takaful masing-masing secara bersemuka dengan Penasihat Kewangan Berlesen.
Antara soalan yang kami boleh bantu jawab nanti, bagaimana hendak melindungi jumlah Takaful ini daripada tuntutan waris Faraid melalui Perancangan Harta yang menyeluruh.
M.K. Anwar Rangkuti, CFPCERT TM
|| Chief Digital Curator, SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i Plus #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #C006094
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram] [WhatsApp]
One Reply to “Perancangan Keperluan Takaful – Part 2”